30 November 2008
Cameron Ride v2.0
HAI ...
Sabtu & ahad lepas aku ke Cameron Highland bersama dengan rakan Elegan Bikers Club.
Enjoy lah dengan mereka.. banyak pengetahuan & tunjuk ajar aku dapat terutama bab Elegan ni.. mereka semua advanced dalam dunia motor ni & yang bestnya kepala sempoi.. Profesional & happy go lucky.
2D/1N di Cameron memang banyak cerita tapi aku pendek kan la.. Ronda ronda,melawat kebun sambil tengok yl indon, makan makan (steamboat wajib), shopping & cari strawbery free..
Dalam perjalan balik berlaku kemalangan berdekatan s.pulai, kawasan itu memang selalu berlaku kemalangan, kalau rakan qsl selekoh tajam sebelum jalan straight menghala ke kawasan kilang marble s.pulai.
Konvoi terpecah dua ketika itu, aku yang berada di belakang konvoi pertama dapat melihat kejadian betul betul di depan mata. Sebelum itu konvoi mengekori beberapa kereta termasuk sebuah bas sekolah. Apabila menghampiri selekoh kejadian, konvoi memotong deretan kereta & Wak yang berada di belakang sekali turut ikut memotong.. kebetulan ketika itu Bas tadi yang berada di sebelah kiri (slow lane) menghimpit Wak yang berada di sebelah kanan (fast lane).
Aku kira Wak cuba mengelak Bas tersebut & terus melangar divider konkrit.. xyl aku dah menjerit dalam kereta. Motor Wak bergesir dengan divider tu & aku dapat melihat tayar depan Wak terangkat tinggi ketika itulah dia terjatuh & motor menghempap kaki Wak..
Nasib baik Iswara di belakang Wak dapat berhenti kalau tidak tak tau apa cerita. Aku yang separuh panik terus membunyikan siren & on semua strobelight yang ada. aku berhenti di tepi & berlari ke Wak, ketika itu terdengar bunyi kereta di brek dengan kuat.. sebuah Gen 2 yang dipandu laju cuba mengelak Iswara yang berhenti di belakang Wak tadi. Gen 2 itu melangar divider & berpusing di hadapan aku. macam tokyo driff tu... siap ada asap lagi.
Aku suruh Iswara itu parking ditempat lain & aku tolong Wak ke tepi jalan. Apabila konvoi kedua tiba, barulah mereka tolong control lalulintas di situ..
Bayangkan, aku, Wak & pemandu Iswara itu bergadai nyawa di tengah jalan dalam 5 minit pertama kejadian. masa itu kereta lain masih lagi laju layan lap kat situ.
Alhamdulilah, Wak tidak mengalami kecederaan yang serius. selepas dia berehat kami bawa dia ke rumah aku dengan kereta & aku bawak motor dia untuk layan lap & lepas geram... hehe.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
SALAM AIDILADHA KEPADA ANDA. TAK LUPA SALAM PERKENALAN DIHULURKAN TANDA PERSAHABATAN AKAN TERUS BERKEKALAN.
thanks sang sapurba kerana singah di blog teman... NIM
Post a Comment