12 January 2009

SAMBUTAN HARI RELA SRI MANJUNG


Ahad, 11hb Jan 2008, Sambutan Hari RELA Kebangsaan yang ke 37 di adakan di Sri Manjung Perak. Hampir 7000 Ahli RELA dari seluruh negara berkumpul disana. Aku bersama dengan Tuan Sufian (Pakpian RKK), Tuan Amir (9W2VEL), Shamsul (9W2SMZ), Atan (9W2ATN) & KakLela (9W2KLA) menjaga booth pameran unit komunikasi. Rakan Ham Sri Manjung juga ramai yang datang.

Tapi yang bestnya pada sebelah petang.. Aku mendengar Abg Rosli QSO dengan Wak di V32, taktau nak kemana aku terus ke rumah Abg Rosli, rupanya mereka nak terbang dengan Glider Wak.. aku pun ikut sekali.
Abg Rosli bawak kami ke Padang lapangan terbang Sri Manjung, memang aku excited sangat maklumlah pertama kali aku nak terbang dengan Glider, selalu suara saja diudara bila QSO dengan rakan tapi kali ni aku nak QSO semasa diudara pulak..
Mula mula Abg Rosli test power.. bukan main happy lagi dia.

Tiba time aku, kipas pulak patah setelah 3kali cuba naik.. nasib baik ada kipas lain.
Take off bukan senang rupanya.. aku dapat rasakan lonjakan Glider & tarikan seat belt, ditambah dengan deruman enjin, kecut juga aku.
Setelah berada beberapa minit diudara tiba tiba kipas Glider pecah... aku nampak serpihan nya jatuh, belum sempat tanya Wak, Enjin pulak mati... aku dah nak capai PTT untuk minta bantuan.. tak pun salam 73.. hehe.
Rupanya Glider ni kalau mati enjin pun selamba je kerana dibantu oleh parachute yang besar untuk dia landing. Wak gelak je masa tu....

Alhamdulilah, aku & Wak selamat.
Apapun terima kasih banyak banyak Wak, pengalaman besar bagi aku. Rakan semua patut mencuba, kalau orang lain boleh kenapa tidak kita? Get off the fear.

No comments: