11 November 2008



HAI ...
Salam contact perdana di 9W2NIM blog.. setelah berpenat lelah akhirnya dapat juga saya menghasilkan blog sendiri, terima kasih kepada along MON kerana banyak membantu dalam menghasilkan laman blog ini.

Tanpa sedar dah hampir setahun lebih saya menceburi hobi tokie tokie ini.. orang yang bertangungjawab hinga saya terjebak ialah CJS wan cacing. hehe..
ceritanya macam ini ... 23/9/2007 jam 2130 mlm, di Batu Gajah Perdana.
appointment saya dengan seorang rakan 9w2... pada malam tersebut adalah hanya untuk bertanya tentang radio Ham ini. saya mengajak Wan cacing menemani kalau kalau dia juga berminat. Dalam perjalanan, saya bagitau dia dengar dahulu biar faham pengunaan nya baru buat keputusan.
Tidak sampai sejam rakan 9w2... beri taklimat, si Wan cacing terus keluar RM.
hantu betul dia.. saya pun terjebak lah juga dalam hobi tokie tokie ni..

Selepas sehari monitor tangan mula gatal.. saya & wan mula qso pada jam 0100 pagi sampai la jam 0400.(sangka kami otai tak monitor) tiap tiap hari kami belasah jalur. ingat lagi masa saya suruh wan pangil rakan 9w2... dia baca bismillah 10 kali, itu pun masih terketar ketar, selepas habis bercakap handy basah dek peluh tangan dia....
rupa je ganas tapi darah gemuruh wan tu.. hehe.

Selama setahun dengan rakan ham ini banyak pengalaman baru dapat saya belajar, banyak aktiviti yang telah saya join. bermacam macam ragam manusia telah saya jumpa. apapun saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua 9m2,9w2 yang banyak memberi tunjuk ajar & dorongan kepada saya. 73.

No comments: